About Us

Tentang Kami

DJeneris Diversity Sdn Bhd dimiliki & diuruskan oleh golongan Bumiputera yang telah berdaftar dengan rasmi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). DJeneris Diversity Sdn Bhd merupakan sebuah Pusat Timbang Sawit Bumiputera yang menawarkan perkhidmatan jual-beli kelapa sawit yang mempunyai 7 cawangan Pusat Timbang Sawit (PTS) di Terengganu yang bertempat di daerah Hulu Terengganu, Kuala Nerus, dan Setiu.

Kami membeli sawit daripada pekebun-pekebun kecil dengan harga berpatutan, berpandukan harga dari Malaysia Palm Oil Board (MPOB). Servis yang kami tawarkan dibantu oleh teknologi yang baik & kemudahan infrastruktur. Kami sentiasa menjaga kualiti perkhidmatan kami dengan menerapkan nilai integriti, kejujuran, keadilan & etika yang tinggi. DJeneris Diversity Sdn Bhd terbuka untuk menerima kolaborasi & kerjasama daripada mana-mana pihak.

Sejarah Penubuhan
  • 2020
    DDSB bermula dengan Ex Kilang di Koperasi FELCRA Bukit Kapah dengan mendapat komisen dari pembelian sawit.
  • JUN 2021
    Daripada Ex Kilang, DDSB menukar operasi dengan membuka Pusat Timbang Sawit (PTS) secara menyewa di Kampung Teris, dengan 3 orang pekerja. Sebanyak 5,312.94 tan sawit diperoleh pada tahun 2021.
  • OGOS 2021
    PTS Menerong dibuka dengan menerima hasil pembelian sawit sebanyak 4,535.22 Tan dengan 3 orang pekerja yang berkhidmat.
  • SEPTEMBER 2021
    Sebuah lagi PTS dibuka di Bukit Sudu dengan 2 orang pekerja & hasil pembelian sawit sebanyak 2,761.96 Tan pada tahun 2021.
  • Jun 2022
    PTS dibina di Bukit Aman dan merupakan PTS pertama yang dibina oleh DDSB. Sebanyak 2 orang pekerja berkhidmat dan sebanyak 4,222.49 Tan sawit diperolehi sepanjang tahun 2022.
  • OGOS 2022
    DDSB telah menyewa satu lagi Pusat Timbang Sawit iaitu PTS Bukit Bading. PTS ini mempunyai 2 orang pekerja & memperoleh hasil sawit sepanjang 2022 sebanyak 1,627.54 Tan.
  • SEPTEMBER 2022
    Pusat Timbang Sawit Agro Peladang berjaya dibuka. PTS ini mendapat hasil 4,276.77 Tan & mempunyai 2 orang pekerja.
  • MEI 2023
    Sekali lagi, DDSB berjaya membina Pusat Timbang Sawit di Kampung Che Mohid dengan 2 orang pekerja. Hasil yang diperolehi setakat sepanjang 2023 adalah sebanyak 3,547.11 Tan.
  • Akhir 2023
    Pada penggal akhir 2023, pengukuhan organisasi dilakukan melalui penambahan pekerja untuk menambah baik operasi syarikat.
Visi Syarikat
Sebuah syarikat Bumiputera yang mampu bersaing dalam komoditi sawit tempatan.
Misi Syarikat
1. Memberi kepuasan kepada pelanggan dalam menyediakan layanan yang baik, cekap dan berkualiti tinggi.
2. Menawarkan harga yang berpatutan melalui keunggulan operasi, inovasi dan pematuhan terhadap standard terbaik.
3. Memberikan manfaat sosial dan ekonomi kepada komuniti tempatan melalui sumbangan dan peluang pekerjaan.
4. Melaksanakan urusan jual beli menurut syariat dengan jujur dan amanah.
Nilai Syarikat
Jujur
Memastikan buah tandan segar (BTS) ditimbang dengan telus & tepat melalui penggunaan alat timbang yang berkualiti, rekod yang teliti, & penjagaan peralatan yang sistematik bagi memastikan kebolehpercayaan hasil pengukuran.
Amanah
Menegaskan integriti dalam cara kerja, melibatkan penggunaan peralatan yang diverifikasi, pemantauan ketat terhadap aktiviti staf, pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat untuk mengelak sebarang penyalahgunaan atau penipuan dalam pengukuran berat BTS.